Tuesday, October 28, 2008

Al-Fatihah Buat Allahyarham Irfan







pagi ni aku dpt berita sedih dari nyah.."Irfan baru meninggal kul 1 pagi tadi sbb demam panas yg kritikal sejak Jumaat di Hospital Kuantan".. terkejut aku bc mesej tu.. trus aku msg mama untuk kepastian.. mama aku ckp, "Ya,pagi td.Papa, a.ngah n a.chik g sana pagi td".. Innalillahiwainnailaihirojiun...

Irfan ni anak cucu sulung maklong aku.. Anak kepada abg long aku.. Dia pnggil papa aku (Tok Ngah) n mama aku (Pah).. emm.. raya tahun ni merupakan raya terakhir bersama irfan.. Raya baru nie, perangai dia lain sket.. Irfan sempat cium papa aku tanpa disuruh.. X pernah2 dia cium papa aku sbb dulu dia ingat papa aku org Cina.. Pas kena cium, papa aku senyum.. Besala, x pernah2 kena cium.. Em... ini merupakan ciuman pertama n terakhir Irfan buat papa..

Raya baru ni jugak, aku sempat sembang ngan dia pasal sekolah dia.. Mau plak dia sembang sbb dulu dia segan sebab slanga dia bahasa Terengganu.. Aku jugak sempat main bunga api n mercun ngan dia.. So,tanpa buang masa aku Ym nyah n ajak dia g kuantan..nyah pon minta cuti halfday dari boss dia.. aku,nyah n uda gerak g kuantan kul 12.30 n sampai kat sana kul 3.00ptg.. jenazah dah tanam n kami sempat g lawat kubur Irfan.. Abg Ngah gtau td,Irfan dikafankan dalam keadaan mulut tersenyum.. Alhamdullillah...

p/s :Al-Fatihah buat Allahyarham Irfan semogo roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan digolongan orang yang beriman.. Al-Fatihah...

Monday, October 27, 2008

Majlis Tahlil & Kenduri Aqiqah Yasmin.












tut2..tut2..henphone aku berbunyi..maknanya ada mesej masuk la tu.. so aku pon bukak n baca.. msg dari mama.."Imai nak balik tak minggu ni,ada kenduri".. huh skema tol mama aku tulis mesej..hehehe.. =D aku pon balas la mesej, "Tgkla dulu sbb tkt ada keje nak wat"..so ari jumaat, aku ada exam SDP.. Alhamdullilah boleh wat =) pas je exam, aku g kajang tgk tiket. tgk2 tiket dah habis.. so terpaksala tumpang kak yang (3rd sis) balik penang.. so, kami berlima uda(bro), achik(5th sis), kak yg n nyah(2nd sis) balik penang naik keta nyah..terpksla aku drive sbb hukuman lambat knfrim nak balik penang.. hukhukhuk..
Kenduri Aqiqah ni sempena cucu sulung papa n mama (Yasmin Zahirah).. =) majlis dimulakan dengan majlis cukur rambut oleh imam2 Taman Harapan..majlis tahlil pula dikhalifahkan oleh Ustaz Hassan Albrar.. selesai je majlis tahlil, majlis jamuan makan.. pelbagai juadah yang disediakan,yg paling sedap kambing masak kurma.. =D

p/s : Al-fatihah kpd rakan Uda (Zamir) yg kembali ke Rahmatullah ari sabtu yg lalu kerana xcident.. Al-Fatihah...









Thursday, October 23, 2008

Jamuan Akhir Tahun kolej Kediaman IPIS 2008


p/s : Macha,anta moto hg masuk competition..haha..konfirm ada tempat pny.. =D

Tuesday, October 21, 2008

Jamuan Kelas PISMP 4.03 (Social Studies)






so, arini ada jamuan kelas lak pukul 3.30 petang bersama mentor2 kami kat Restoran Ghazal, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.. Nasib baik hujan dah b'henti klu x naya lencun je semua.. Jamuan ni ditaja oleh Pn Wan Kamariah selaku mentor dan thnks jugak kat Encik Puzi kerana sudi hadir di jamuan ni..


Menu jamuan ni; nasi beriani, ayam masak merah, dalca, jelatah(iyeke) n air mangga.. sedap gak la makanan kat kedai ni sbb perut lapar giler arini.. hehehe... =).. pastu balik ke maktab kira2 kul 4.15petang..


p/s : Selamat Hari Lahir kepada Zaihan & Rosyati.. =D

Sunday, October 19, 2008

Jamuan Aidilfitri Hafizuddin






huhuhu..bnyk tol undangan open house bln Syawal nie.. Hehehe.. =) Arini, Din ajak g umah dia kat Gombak.. Kira-kira 45km dari maktab aku.. So, kami pon rancang nak g tengahari memandangkan mmg time nak mkn.. (Sbb x sarapan pagi).. hehehe.. =P Member2 yg turut g ialah Acap, Rul, Hakim, Adnan, Yassir, Majah, Amru, Kalil n Faiz.. Kami sampai kat umah Din kira-kira kul 1.20 petang.. sampai je, apa lagi, sentap trus la.. Hehehe..


Makanan yg disediakan ialah nasi putih, gulai ikan, ayam masak merah, sayur buncis, kerabu mangga, ulam2, kek coklat, air sirap n buah tembikai n pisang..


So, pasni badan aku naik lagi la pasni.. Hehehe.. Asyik makan je bulan nie.. ahei.. =D

Saturday, October 18, 2008

K.A.M.I The Gig Vol II






Bertempat di Stadium Bukit Jalil pada 18-10-2008 pada jam kul 1.30 petang hingga 11 malam. Antara artist yg perform ialah :-


The NOON JAM

Harmacy Jeoperdice

Estrella Plague of Happiness

Couple Blind Tribe

Laila's Lounge TWKUA



EVENING DOWN TIME

The Agrobeats Koffin Kanser

Kugiran Malaya 7 Collar T-Shirt

Pop Shuvit Dragon Red

The Pilgrims Pure Vibracion



FULL MOON

One Buck Short Bittersweet

The Times Republic Of Brickfields

Love Me Butch Meet Uncle Hussain

Butterfingers OAG

Jamuan Aidilfitri Mesra Global Holdings Sdn Bhd






Jamuan Aidilfitri anjuran Mesra Global Holdings Sdn Bhd diadakan di Putra Villa Condominium.. Syarikat ni tempat keje kak saya yang no 2 (nyah).. Rakan-rakan yang turut pergi ialah Bob, Boy, Spawn, Ashraf, Hakim, Khai, Adnan dan Yassir.. =D Best sgt.. hehehe.. =) Antara makanan yang disediakan ialah :-


- Daging kambing bakar (Hot pick)

- Sate

- Laksa Utara

- Sup Gear Box

- Otak-otak

- Aiskrim

- Air

- Lemang n ketupat

- Cendol

- Pisang goreng n keropok lekor

- Bihun n mee goreng n sup

Friday, October 17, 2008

Jamuan Aidilfitri Jabatan Kajian Sosial IPIS

Hari nie (16-10-2008), Jabatan Kajian Sosial IPIS dengan kerjasama pelajar2 kursus Pengajian Sosial julung kalinya telah mengadakan jamuan Hari Raya di Dataran Gerko tepat pukul 2.00 petang. Majlis dirasmikan oleh wakil Pengarah IPIS iaitu Ketua Jabatan English Department.. Makanan yang disediakan ialah nasi tomato, air merah (xtau nama), kuih-kuih raya, dan lemang serta rendangnya skali.. Hot stuff ialah lemangnya.. sbb x keras n sedap.. hehehe.. Thnks cikgu Makmur.. Majlis berakhir dengan sessi pengambaran bersama serta majlis bermaafan antara pensyarah dan juga pelajar-pelajar.. Majlis ni best klu diteruskan setiap tahun.. hehehe.. =D

Jamuan Open House Pensyarah dan 'Amru






12.00-1.30 petang (Rumah Puan Mazilah)
- Laksa
- Air buah
- Bihun
- Cheese cake (hot pick)
- Kek batik
- Kuih-muih

2.15-6.00 petang (Rumah 'Amru)
- Sate (hot pick hehehe...)
- Nasi himpit
- Laksa
- Air sirap je.. hehehe..
- Kek n kuih-muih
- Nasi n lauk-pauk

7.30-9.30 malam (Rumah En Tarmizi)
- Nasi tomato
- Air oren
- Roti n kuah durian
- Puding (hot pick)
- Kuih-muih

Jamuan Aidilfitri IPIS 2008



Pada 10-10-2008, IPIS telah mengadakan Jamuan Aidilfitri 2008 di Dewan Besar Nik Muhyidin Musa pada jam 2.30 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah IPIS. Seterusnya, program yang ditunggukan (jamuan) berlangsung. Hehehe...

Antara juadah yang disediakan ialah ketupat nasi, rendang ayam, lemang, kek2, kuih-muih, laksa, pasta, roti jala, kerepek, air barli, n banyak lagi.. Best sbb dapat mkn.. Hehehe...

Alhamdullilah, semua warga IPIS dapat menikmati juadah yang disediakan.. =D

Introducing My 1st Niece -Yasmin Zahirah-



Perkenalkan anak sedara pertama saya iaitu Yasmin Zahirah Binti Mohd Zaki.. anak kakak sulung saya Nurhayati.. Lahir sebulan yg lalu di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya seberat 3.2kg.. kakak2 saya yang lain sll pnggil Yasmin dengan panggilan Sasomot.. hehehe.. Cute kan.. =)
p/s: x sabar nak dgr Yasmin ckp, "Paksu Imai,jom g jalan2.." hehehe =D