Sunday, August 17, 2014

Sekuel

Part 1 - (Pure Love)

http://www.youtube.com/watch?v=7oHObnP1sGE



Part 2 - (Broken Angel)

http://www.youtube.com/watch?v=-whp15J2n_M



Part 3 - (One Day)

http://www.youtube.com/watch?v=rjBsQ9SygnE

Saturday, August 9, 2014

Kad Perakuan Nikah

Dikesempatan pulang ke kampung isteri pada raya 3 hingga raya ke 5, aku usaha untuk selesaikan urusan pernikahan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah. Dah jarang2 balik ke Kuala Pilah, ada peluang ni, terus selesaikan urusan mana yang tertangguh.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, aku & isteri bergegas ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah untuk menuntut Kad Perakuan Nikah. Kad ni, dah lama siap. Cuma sebab jarang ke Kuala Pilah, kad ni tak dituntut2 jgk.

So, bila dah ada kad ni, senang sket nak bawa ke mana-mana. Lain negeri, lain versi kadnya.. 

Kad Perakuan Nikah versi Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Wednesday, August 6, 2014

Salam Aidilfitri 1435 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua. Alhamdulillah, pada tahun ini, dapat meraikan Aidilfitri buat kali pertama sebagai seorang suami. Berat & besar tanggungjawab sebagai seorang suami nie. InsyaAllah, akan melaksanakan tugas & amanah dengan sehabis baik untuk isteri & keluarga. Persiapan Aidilfitri juga meriah memandangkan semua beraya di Pulau Pinang pada tahun ini.

Aidilfitri kali ni, kami 7 adik-beradik dapat berkumpul di Taman Harapan, Pulau Pinang. Alang2 dah dapat berkumpul, kami bersetuju untuk mengabadikan gambar & kenangan Aidilfitri di Studio. Makanya, aku pon 'booking' slot untuk kami sekeluarga pada Hari Raya Pertama pada jam 8:00 malam.

Setelah 10 hari menunggu, kami semua berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan. InsyaAllah, ada rezeki lagi, pada tahun akan2 datang, akan mengabadikan lagi gambar Aidilfitri bersama keluarga besar kami.

 Keluarga Besar Dato' Haji Ahmad Tarmizi & Datin Hajjah Nilwaiti



Salam Lebaran dari kami berdua #ikmalnieza

Sunday, July 13, 2014

Eg-Tukar


eg-tukar

Perasaan kecewa apabila dapat tau, keputusa pertukaran isteri ke Pulau Pinang tidak diluluskan. :(

Selepas kami menikah pada hujung bulan Mac, aplikasi eg-tukar untuk sesi perpindahan Jun dibuka. Aku minta isteri update status dalam e-operasi untuk memudahkan urusan perpindahan. Alhamdulillah, sempat juga update status kepada "berkahwin". Maka, isteri bersetuju untuk isi borang perpindahan ke Pulau Pinang atas alasan mengikut suami & keselamatan diri.

keputusan pemohonan eg-tukar


Malangnya, keputusan tidak menyebelahi kami. Keputusan eg-tukar diketahui pada awal bulan Jun dan pemohonan isteri tidak diluluskan. Alang-alang tengah cuti pertengahan tahun, kami berusaha pergi ke Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya untuk memohon rayuan pertukaran. Dengan harapan, kali ni ada peluang dan rezeki buat kami.


keputusan pemohonan rayuan


Sekali lagi, selepas pemohonan rayuan ditutup, keputusan rayuan pertukaran masih belum berpihak kepada kami. Perasaan kecewa memang ada. Dengan keadaan isteri sedang mengandung lagi. Bertambah rasa risau. InsyaAllah, bulan September nanti, kami akan berusaha lagi. Semoga rayuan akan datang, berpihak kepada kami. Amin..

Saturday, July 12, 2014

Trip Ke Pulau Langkawi (Part 4)


Tarikan di Pulau Langkawi


Seperti mana yang kita ketahui, Pulau Langkawi ni merupakan tempat perlancongan yang terkenal dengan pantai yang cantik, tempat membeli-belah (free-duty) dan banyak lagi. Terdapat beberapa tempat yang WAJIB dilawati & masuk dalam planning jika datang ke Pulau Langkawi. Antaranya ialah :-

1) Dataran Helang
2) Underwater World
3) Langkawi Skycab Cable Car
4) Islands Hopping / Mangrove Tour
5) Kilang Gamat Nusantara
6) Makam Mahsuri
7) Galeria Perdana
8) Beras Terbakar
9) Membeli-belah (Pekan Kuah @ Pantai Cenang)
10) Membeli-belah @ Haji Ismail Group
11)Telaga Habour Park
12) Mandi-manda di Pantai Cenang

Ini baru sikit, banyak lagi tempat2 yang menarik utk dilawati di Pulau Langkawi. Ikut kesesuaian masa & juga bajet anda. 


Islands Hoping : Pulau Dayang Bunting


Islands Hoping : Pantai Beras Basah


Pulau Langkawi Skycab Cable Car


Pantai Cenang


Kilang Gamat Nusantara


Dataran Helang, Pekan Kuah


Haji Ismail Group, Pekan Kuah

Oriental Village


 

Trip Ke Pulau Langkawi (Part 3)



Tempat Penginapan

Mengenai tempat penginapan, bergantung kepada masing2. Ada yang suka menginap kat hotel berbintang2. Ada yang suka menginap kat hotel biasa2 pon ok. Kat Pulau Langkawi ada berbagai-bagai jenis tempat penginapan. Ada hotel bertaraf bintang, motel, chalet, kabin, homestay & mcm2 lagi.



AB MOTEL, Pantai Cenang



Kali ni, aku masih memilih AB Motel. Sebab apa? Ada sebabnya kenapa aku masih memilih AB Motel sebagai tempat penginapan aku. Kalau diikutkan, AB Motel ni xdala setaraf hotel. Biliknya seperti bilik2 di rumah je. Tapi, LUAS & SANGAT SELESA. Itu yang paling penting. AB Motel terletak di persisiran Pantai Cenang. Ada mcm2 jenis bilik. Tepi jalan, bertingkat, sesebuah, tepi pantai & banyak lagi pilihan. Bergantung kepada kita nak pilih yang mana. Sekali lagi, kalau cuti sekolah, dinasihatkan agar booking awal2 untuk mengelakkan kehabisan bilik.

 Motel kami.. ;)

Untuk penginapan, sepanjang kami di Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam, so jumlah yang perlu dibayar ialah RM300 + RM 50 (deposit akan dikembalikan). Sepanjang di Pantai Cenang memang banyak sangat tempat penginapan. Jangan risau, walk-in pon boleh. Pasti ada kosong. 

Kalau sapa2 yang berminat nak cuba menginap di AB Motel boleh ke laman web diorang kat sini (http://abmotel.weebly.com/)

Trip Ke Pulau Langkawi (Part 2)



Cara untuk sampai ke Pulau Langkawi.

Untuk sampai ke Pulau Langkawi terdapat 2 cara setakat ni. Satu, melalui jalan air iaitu menaiki feri dari Jeti Kuala Kedah/Jeti Kuala Perlis/Penang Port. Dua, melalui jalan udara iaitu kapal terbang. Pilihlah mana-mana lapangan terbang yang menawarkan laluan ke Pulau Langkawi.

Untuk trip honeymoon ni, aku pilih naik kapal terbang. Rasionalnya ialah tarikh yang aku pergi ni, waktu cuti sekolah. Confrim bila cuti sekolah akan ramai orang. Memandangkan isteri tengah pregnant & keselesaan, aku xnak bersesak-sesak dengan orang ramai maka aku pilih naik flight dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi. Seperti biasa, nak tiket murah, kena la beli awal2 & selalulah jenguk2 lama web AirAsia @ FireFly. Kadang2, ada promo tiket murah & lebih jimat naik flight berbanding naik feri.

 Lapangan Terbang Pulau Langkawi


Kalau nak naik feri, perlu dikira juga kos minyak dari rumah ke mana2 jeti, kos tol, kos bayaran parking kereta kat jeti & paling perlu diambil kira, KEPENATAN. Dah penat2 bercuti kat Pulau Langkawi, larat ke nak drive dari Jeti Kuala Kedah/Jeti Kuala Perlis balik ke Pulau Pinang. Huhu.. 



Jeti Pulau Langkawi



Situasi di jeti & airport sama je. Kalau naik feri, akan turun di Pekan Kuah. Kalau naik flight, akan turun di Padang Matsirat. Sampai je di jeti/airport, kita akan tengok banyak peta Pulau Langkawi yang diberikan secara percuma. Peta ni penting untuk kegunaan masa nak ronda2 Pulau Langkawi nanti. Di jeti/airport juga banyak agen2 kereta sewa. Kita boleh pilih & deal dengan agen2 di situ. Kita boleh pilih jenis kereta, nak bila, harga & macam2 la. 

Kalau naik feri, kawasan yang berdekatan ialah Pekan Kuah. Kalau naik flight, kawasan yang berdekatan pula, Pantai Cenang. Aku lebih suka menginap di Pantai Cenang sbb aku suka pantai. Lagipon, kawasan Pantai Cenang lebih ‘hidup’ berbanding kawasan yang lain. Next part, aku akan ceritakan lebih lanjut mengenai tempat penginapan.

Friday, June 27, 2014

Trip Ke Pulau Langkawi (Part 1)



Alhamdulillah, selesai majlis kenduri bagi pihak lelaki. Segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kedua-dua pihak keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan kami.

Seterusnya, bermulanya percutian berdua kami selepas bergelar suami isteri. Kami bersetuju memilih untuk ke Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam. Bermula 4 hingga 7 Jun 2014. Untuk entry kali ni, aku bercadang untuk menulis beberapa part bagi memudahkan sebagai rujukan. Bagi part 1 ini, aku akan menulis catatan ringkas selama kami berada 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi.


Hari pertama (Rabu, 4 Jun 2014)

4:15 pm : Berlepas dari Pulau Pinang Airport ke Pulang Langkawi Airport
4:35 pm : Tiba di Pulang Langkawi Aiport.
4:45 pm : Menaiki teksi ke AB Motel, Pantai Cenang. (RM20)
5:00 pm : Check-in di AB Motel, Pantai Cenang.
5:10 pm : Register nama & beli tiket “Islands Hopping” (RM25 x 2)
5:15 – 6:00 pm : Persiapan diri
6:10 – 7:00 pm : Bersiar-siar di Pantai Cenang.
7:00 – 9:30 pm : Persiapan diri
10:00 – 11:30 pm : Dinner @ Telaga Seafood
12:00 am : Tidur



Hari Kedua (Khamis, 5 Jun 2014)

6:30 am : Bangun pagi & persiapan diri.
8:00 am : Sarapan pagi
9:00 – 1:00 pm : Islands Hopping (Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah)
1:30 pm : Persiapan diri
2:15 pm : Terima kereta sewa (Myvi : RM90 x 2hari)
2:30 pm : Lunch
3:00 pm – 5:45 pm : Gerak ke Skycab & Oriental Village
6:00 pm : Singgah sebentar di Telaga Habour Park.
6:30 pm : Singgah sebentar di Pasar Malam. (beli dinner)
7:00 – 10:00 pm : Persiapan diri
10:30 pm : Dinner
12:00 am : Tidur



Hari Ketiga (Jumaat, 6 Jun 2014)

6:30 am : Bangun pagi & persiapan diri.
9:00 am : Sarapan pagi
9:30 – 11:00 am : Membeli-belah minyak gamat di Nusantara Maju Enterprise
11:00 – 12:00 pm : Melawat Makam Mahsuri
12:00 – 1:00 pm : Melawat Galeria Perdana
1:00 – 2:00 pm : Solat Jumaat
2:30 : Lunch @ Pekan Kuah
3:30 – 4:30 pm : Membeli-belah coklat @ Kompleks HIG
5:00 – 5:30 pm : Berehat di motel
6:00 – 7:00 pm : Bersiar-siar di Pantai Cenang
7:00 – 9:00 pm : Persiapan diri
9:00 – 10:30 pm : Dinner
10:30 – 11:30 pm : Membeli-belah di kedai sekitar Pantai Cenang
12:00 am : Tidur
 


Hari Keempat (Sabtu, 7 Jun 2014)

6:30 am : Bangun pagi & persiapan diri.
8:45 am : Check-out dari AB Motel
9:00 am : Sarapan pagi
9:30 – 10:30 am : Melawat Dataran Helang @ Pekan Kuah
11:00 – 12:00 pm : Membeli-belah di Pekan Kuah
12:30 pm : Lunch @ Pantai Cenang
1:30 pm – Melawat Beras Terbakar
3:00 pm – Tiba di Pulang Langkawi Airport & serahkan kembali kereta sewa
5:30 pm : Berlepas pulang ke Pulau Pinang.


PART 2 (Cara untuk sampai ke Pulau Langkawi)
PART 3 (
Tempat Penginapan)
PART 4 (Tarikan di Pulau Langkawi)