Monday, December 27, 2010

Harimau Malaya kenyang!

Harimau Malaya


Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yg telah berjaya menjaringkan gol 3-0 ke atas pasukan Indonesia di Bukit Jalil. Smlm merupakan sejarah utk bola sepak negara kita sbb penyokong-penyokong Malaysia kini sudah mula menyokong kembali arena bola sepak nie.. Termasuk la si kecik Yasmin.. hehe.. Adat permainan, ada kalah, ada yang menang.. Aku respect kpd penyokong2 Indonesia yg menerima kekalahan mereka smlm.. Tp, aku cukup x berkenan bila ada penyokong2 Indonesia yg masih mengutuk Malaysia sebelum/selepas permainan. Nie membuatkan aku x tahan, so aku pon membalas kutukan diorg tetapi secara halus.. Xda kutuk2 yg melampau..


Ini merupakan pendapat aku drpd pemerhatian aku.. Penyokong2 Indonesia sll kutuk yg Malaysia nie main tipu la, laser la & mcm2 la.. Baik, dari aspek laser.. Aku nak tny diorg, tp diorg x paham bahasa Penang.. haha.. Klu korg nak tau, laser nie, penyokong Indonesia yg mulakan dulu.. Klu korg x pcy, sila tgk video semasa kekalahan Malaysia 5-1 di Jakarta.. Keeper Malaysia dh kena laser awal2 waktu peringkat kumpulan lagi.. Then, media di Indonesia yg mengapi2kan pasal laser nie..


Gol2 Malaysia smlm adalah hasil selepas insiden laser.. Game dihentikan, dan tiada lagi laser selepas itu.. Maka, tiada alasan la nak ckp pasal laser lagi.. Adoi, sudah2 la alasan pasal laser.. Kecuali, kalau Malaysia score waktu laser kena muka Markus.. Mmg patut penyokong Indonesia mengamuk.. Tp, dh terbukti, tiada insiden laser..


So, 29hb nie, kita sama2 saksikan Final ke-2 di Jakarta.. Masih ada lagi insiden laser?? Sama2 kita tgg ea.. Sapa yg main laser dulu.. :X

p/s : mkn kenyang2 ea.. esok nak g Jakarta dh.. :p

Thursday, December 23, 2010

"Aku dh kawen, hg bila lagi?"

Bila jumpa kawan2 je, mesti soalan yg disuarakan oleh kawan kita, "Aku dah kawen, hg bila lagi?" atau "Aku dah tunang, hg bila plak?" mahupun begini "Aku dh mula keje esok, hg bila mula keja?".. So, apa bila diajukan soalan seperti nie, keluarla jawapan2 yg kadang2 menipu.. haha.. Ok2, kadang2 aku terfikir la jgk, nape org jarang tny soalan seperti ini "Hg dh daftar mengundi?".. Ya, mesti amat jarangkan.. kan3.. Skrg nie umur pon dh meningkat ke 23 tahun, so dh jadi tanggungjawab untuk diri sendiri & negara utk mendaftar sebagai pengundi yg sah.. Bukan jadi pengundi hantu.. :p



Jom mengundi.. yeah!


Baik, aku dh daftar sebagai pengundi masa aku blaja kat maktab aritu.. Org2 SPR nie dtg mktb, so terus la aku g daftar.. Dgr kata, tahun depan akan diadakan Pilihanraya Umum.. So, kira tahun depan la aku akan mengundi buat kali pertama.. :D Undi adalah rahsia.. hehe.. Td pagi aku masuk laman web SPR untuk semak aku punya data mengundi.. TUP2, ada silap daaaa.. Silap kat jantina.. Adoiyai.. Malu aku gini.. Mcmana leh silap nie.. :X Tp, xpela, benda nak jadi.. Aku redha.. Korg leh klik link SINI klu x percaya.. :)

Saturday, December 18, 2010

David Villa datang umah aku

Tadi dalam pukul 12 tengahari, David Villa dtg umah aku.. X sempat la plak nak ajak makan nasi.. Cepat sgt dia singgah.. Nak sembang2 pon x sempat.. Tp, sempat la snap beberapa pic David Villa nie sebelum dia singgah dlm tempat yg sepatutnya.. hehe :)


Xdala, mana arah la David Villa nak dtg umah aku.. Dia pon x knai aku.. :p haha.. Ok2, post kali nie nak citer pasal jersey terbaru yg aku beli.. Jersi Barcelona David Villa 7.. Xdala beli yg ori. Janji leh pkai.. Hanya team Manchester United je aku beli ori.. :D hehe



parcel dari posmen


David Villa dlm plastik


David Villa atas meja


yeah.. David Villa



David Villa lagi.. :)


Friday, December 17, 2010

Aktiviti harian aku

6.00 pagi : Terjaga dari tidur.. Dengar azan subuh.. Pgg kaki, urut2 sket sbb krem.. Nyut2 je rasa kaki time pagi2 nie..

6.15 pagi : Siap sedia nak mandi, wudhuk, solat subuh..

7.00 pagi : Lepak kat ruang tamu, bukak laptop, check akaun pelaburan saham.. eh2, akaun FB.. :p

8.00 pagi : Sarapan pagi. Wajib minum susu Anlene sbb nak bagi tulang kaki aku tumbuh balik..

9.00 pagi : Gerak ke Hospital Parit Buntar utk dressing, cuci luka. (jika perlu)

10.00 - 12.00 tghr : Tgk tv, tdo jap.. hehe

1.00 tghr : Solat Zohor

2.00 ptg : Lunch

3.00 ptg : Layan Sinetron Cahaya kat Astro

4.00 ptg : Mengelamun atas katil smbil dgr mp3

5.00 ptg : Solat Asar

5.30 ptg : Tgk tv lagi.. haha

7.00 mlm : Mandi & Solat Maghrib

8.30 mlm : Dinner

10.00 mlm : Solat Isya' then terus masuk dlm kelambu & tdo.. :)



p/s : nie tgh jalan2 depan umah.. :p

Thursday, December 16, 2010

org laki penang manja??

Manja?? Manja tue apa ea?? Yg aku tau, kucing ja yg manja2 nie.. hehe.. Ok2.. Smlm ada "budak comot" tue ckp yg aku nie manja.. Haha.. Iyeke aku nie manja?? Pelik2.. :p Xpa2, pagi td time online jap, buka FB jap.. Then ternmpk topik yg org2 Penang dok bincang dlm grup Kami Anak Penang.. Meh la usha jap, apa yg depa bincang.. :)


Soklan dia : Adakah laki2 Penang nie MANJA & ROMANTIK??



p/s : try klik utk besarkan.. klu xley, bukan rezeki la.. :p

Tuesday, December 14, 2010

Ada apa dengan nombor 17?

Post kali nie nak merapu sket.. Besala, kepala dh makin piang.. :p huhu.. Ok2, sbb pe aku suka nombor 17?? Jersi2 aku klu boley semua nak letak nombor 17.. haha.. xtau sbb pe.. Myb 17 tue dh sebati dlm hidup aku kot.. Pernah gak kat sekolah, aku dpt nombor 17 dlm kelas.. Demn.. Teruk tol aku nie time skolah dulu2.. :p Ok2, myb aku suka nombor 17 sbb no 17 adalah no ganjil & no perdana.. Sapa xtau no perdana, g search kat google.. haha.. :p


for her



for me

Monday, December 13, 2010

Bola Sepak vs Patah Kaki

Post kali nie mengandungi gambar2 kategori 18SG.. Sape yg ada penyakit mati pucuk, hope jgn tgk.. hahaha.. :p Ok2, nie adalah sebahagian gmbr2 pemain bola sepak yg kaki/pergelangan kaki mereka yg patah semasa main bola sepak.. Tp, yg bagusnya selepas treatment & fisiologi, diorg boleh main bola sepak semula.. Hope, aku nnt boleh menyepak bola semula.. :)


Valencia of Manchester United


Ramsey of Arsenal FC


David Beckham of AC Milan FC


Eduardo of Arsenal FC


Cisse of France



Alan Smith of Manchester United FC

Friday, November 19, 2010

Raya @ Putrajaya










nie sedikit sedutan gambar2 yg diambik time raya aidiladha aritu.. :) nie mungkin raya terakhir bersama rakan2 PISMP Pengajian Sosial.. syg kalian semua..

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha saya ucapkan kpd keluarga, pensyarah2, rakan2 dan umat Islam sekalian.. Tahun nie, aku beraya kat maktab.. Sbbnya, ini merupakan kali terakhir aku dpt beraya bersama rakan2.. Mmg sedey sbb pasni, mmg susah dh nak berjumpa.. Nnt mesti rindu nak makan sama2, main sama2, gurau sama2, gaduh sama, tdo sama2 n mcm2 yg kami wat sama2.. Huhu.. :(


Pagi td, aku & rakan2 yg masih di maktab (Spawn, Acap, Bob, Boy, Khalil & Nassir) solat raya di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.. Smpai2 je kat masjid, org dh nak mula solat.. Nasib baik perancangan masa agak tepat.. :p Selesai je solat, kami wat sket photoshoot berdekatan ngan Putrajaya.. Myb photoshoot terakhir bersama rakan2.. :(


Papepon, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada muslimin & muslimat.. Takbir! Allahuakhbar!


p/s : pic photoshoot akan diupload kat FB nnt.. :)

Monday, November 1, 2010

Exam


aku akan menduduki exam Semester 8.. ada 3 paper semuanya.. rujuk jadual exam aku kat atas nie.. gud luck untuk semua warga IPG yg akan menduduki exam.. =)

Sunday, October 31, 2010

Brotherhood & Sisterhood


Agak² dh 5 1/2 tahun kami dok stdy sama².. Dulu² ingt lagi, masing² x kenal antara 1 sama lain.. Time minggu orientasi, semua malu² kucing je.. Ckp sepatah, jawab sepatah.. Haha.. Lawak la.. :p

Tp, bila dh kenal perangai masing
², rupa²nya kami semua 1 kepala.. Kami nie kira perintis kos Major Pengajian Sosial kat IPG-KPI nie.. So, skrg dh ada junior² yg major Pengajian Sosial nie..

Gmbr di atas, amik time Jamuan Lambaian Kasih kat Teratak Hijjaz.. Thnx to all juniors
² yg sudi libatkan diri dalam jamuan nie.. Korg mmg best & syok! hehe..

Papepon, hope hbgn silaturrahim nie, terbina & kekal hingga selamanya.. Utk pengetahuan, dh ada 2 org dlm nie yg dh kawen.. Yg tunang ramai gak.. So, jgn sape2 cuba nak kacau.. :p


kredit : Sani Photography

Monday, October 25, 2010

amat memerlukannya..


skrg dh masuk hujung2 bulan 10.. seronokla org2 yg keje kerajaan sbb esok gaji dh masuk.. tp, aku yg dok blaja nie, bukan takat seronok nak abis blaja tp, seronok bila tgk tabung syiling aku yg dh penuh.. hahaha... itu bermakna, duit aku tgh x brapa nak ada.. terpaksa korek tabung.. :p

sedikit gila la, dok ada lagi sebulan, tp duit dh x brapa nak ada.. nak keluar pon jadi x sronok sbb duit xdak.. dh hujung tahun nie, mcm2 lak program yg memerlukan duit.. adoi, dugaan btol.. nak mintak kat papa, segan la jugak.. nak pow akak2, diorg pon nak pkai duit..

duit elaun tue, mmg ada lagi.. tp, x bnyk sgt dh.. cukup2 la.. skrg nie terpaksa la stop kejap membeli sebarang kemahuan (jersey Man United, DVD Man United & sbgainya).. tgg dh gaji nnt, mula balik kumpul jersey2 Man United nie.. :p

hope, duit yg ada nie, selamat digunakan sampai abis blaja nie.. insyaAllah.. =)


p/s : untuk hadiah Hariz, paksu terpaksa hold dulu yea.. yg pasti, Hariz mesti dpt hadiah!

Friday, October 15, 2010

Freemason??


Freemason? pernah dgr x ngan perkataan nie.. mesti pernah kan?? so, sama mcm aku jgk, Freemason nie, dh banyak kali aku dgr waktu dulu2.. Tp, biasa la, manusia. x mengendahkan perkara yg dulu2 rasa x penting..


Setelah berkali2 bincang ngan abg aku pasal freemason nie, tergerak jgk la ati aku nak tau lebih lanjut tntang freemason nie.. So, dia suh la bukak youtube & taip The Arrivals.. Tp memandangkan aku dok kat Bangi (kawasan yg traffic intnt yg sibuk) menyebabkan intnt menjadi slow.. So, keinginan nak tgk The Arrivals kat Youtube stop kejap.. Last2, member aku sorg 'Amru gtau yg dia dh ada series The Arrivals, so, terus je amik kat dia.. :)

Sedikit info tentang Freemason nie, merupakan satu fahaman yg menyembah Syaitan untuk membentuk satu Pemerintahan Dunia Baru yg akan dikuasai oleh Dajjal. Secara kasarnya, boley aku ckpkan, kepalanya ialah Amerika Syarikat (USA). USA skrg cuba memanipulasikan minda semua orang termasuk org Islam tentang propaganda mereka.. Nauzubillah.


So, nasihat aku sbgai insan yg lemah ini, jgn mudah percaya pada sebarang agenda kerajaan USA mahupun apa sahaja.. Rujuk semula Al-Quran & Hadis sebelum mempercayai sesuatu benda.. Banyak benda dh kita diperdaya oleh pihak USA.. Nak tau, kena tgk The Arrivals nie..


Okla, setakat nie dulu sbb bnyk benda lagi aku kena blaja. Bnyk benda kita kena tahu & kaji supaya kita tidak tertipu dgn helah Syaitan. Allahuakhbar!!

Wednesday, October 6, 2010

Sibuk sgt ke?

Dh lama x menulis dlm blog nie.. Myb sbb terlalu sibuk dengan Pelaporan Kajian Tindakan.. Minggu depan dh nak kena bentang dalam seminar (klu terpilih) :p hope dpt wat yg terbaik untuk kajian yg telah aku jalankan.. papepon, gud luck untuk semua pelajar IPG Semester 8 yg sedang bz skrg nie.. hihi.. :D


Mungkin selepas selesai semua tugasan, kembali aktif menulis blog.. :)



Friday, September 3, 2010

Dinar Emas & Perak

Minggu yg lepas, kerajaan telah melancarkan Dinar Emas & Perak keluaran kerajaan negeri itu sendiri.. Syabas!! So, arinie, aku dpt melihat sendiri Dinar Emas & Perak tersebut.. Member kelas aku iaitu, Amir Amzar telah beli 1 Dinar Emas, 1 Dinar Perak & 1 Mata Wang Dirham..


Secara amnya, mmg berbaloi bila labur dgn membeli emas nie.. Sbb nilai emas tidak akan jatuh mendadak tp akan meningkat dgn cepat.. Mcm Dinar Emas nie, time baru beli harga dia RM580++, skrg dah mencecah RM592++.. So, mmg berbaloi..


Mmg dlm hati dh niat nak labur beli emas nie time dh keje nnt.. Tp, perlu diingat, emas pon ada zakatnya mengikut gramnya.. Jgn kita leka & lalai bila dah untung.. hehe.. ;)




p/s : yg atas, Dinar Perak.. yg bwh kiri, Dinar Emas,
yg bwh kanan, mata wang dirham

Monday, August 30, 2010

Zakat Fitrah

Alhamdulillah, dah masuk fasa ke-3 kita berpuasa dlm bulan Ramadhan untuk tahun nie.. Selesai sudah bulan Ramadhan, kita bertemu dgn bulan Syawal plak.. hehe.. x sabar nak balik kmpg nie.. lagi seminggu je lagi kita nak smbut bulan Syawal.. ;)


So, thn nie merupakan tahun terakhir aku berpuasa di Bandar Baru Bangi.. pasnie, xtau la plak kat mana aku akn dipostingkan.. Arinie, alhmdulillah, aku & ashraf sempat membayar zakat fitrah even aku tau, mesti papa yg akan bayarkan untuk kami sekeluarga.. tp, xpe.. Lillahitaala.. ;)


Zakat fitrah tahun nie bagi negeri Selangor ialah RM 7.00 sahaja.. Masih ramai yg amik x endah pasal zakat fitrah nie. Naik keta besar2, ada rumah besar2, xkkan zakat fitrah xley nak bayar?? Hope aku, kawan2 & sekeluarga tidak tergolong dlm org2 yg lalai.. ;)



p/s : amil nie tny, nape x bayar untuk "dua orang"??



Friday, August 20, 2010

Kajian Tindakan / Action Research


Sebelum cuti raya Aidilfitri, dh kena submit kajian tindakan kat supervisor masing2.. So, dok ada 2 minggu je lagi.. Terpaksa la bertungkus lumus untuk siapkan Kajian Tindakan nie.. Masih bnyk tertangguh.. Ditambah dgn tugasan pembentangan yg dtg dari lecturer tiap2 hari.. Adoiyai.. Dugaan.. ;( Hope, aku & kawan2 dpt siapkan semua tugasan yang diberikan.. InsyaAllah.. ;)



p/s : sori A380, masih dipinggirkan dlm beg akibat bz

Sunday, August 15, 2010

Lelaki atau Perempuan??



Sedar x sedar, laptop/PC kita juga ada jantinannya.. So, meh test kat laptop korg yea.. ;)


1. Buka notepad

2. Tulis, CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

3. Pastu save as, tulis, i love you.vbs

4. Save kat dekstop. (mudah nak cari)

5. Klik fail yg telah disave td..

6. Korg akan dgr suara lelaki/perempuan


p/s : laptop aku lelaki.. sape mau kawen ngan dia?? hahaha

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Alhamdulillah, syukur di atas nikmat & kurniaan dari Allah S.W.T kepadaku kerana tahun ini, sempat lagi aku bertemu dgn bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun ini.. Seperti yg kita tahun, bulan Ramadhan nie, bulan yg ditunggu2 oleh umat Islam kerana bulan Ramadhan adalah bulan untuk ummat Islam.. Ini kerana segala amal ibadah yg kita lakukan, dikurniakan dari Allah pahala & ganjaran yg berlipat kali ganda.. InsyaAllah, bulan Ramadhan tahun ini, akan aku penuhkan dgn segala amal ibadah, kerja2 amal, selagi daya & mampu, InsyaAllah.. ;)

Saturday, July 31, 2010

Internship

Alhamdulillah, tamatnya episod internship selama sebulan di SK Cheras Jaya.. Honestly, sekolah nie mmg best + havoc + heaven.. hehe².. Guru², murid² & warga sekolah serta rakan² praktikum mmg best & bnyk membantu aku waktu internship nie.. ;) Thnx a lots..


So, pasnie, aku balik semula ke maktab & sambung stdy balik smpai la hujung tahun.. Dan paling menggerunkan, Isnin nie pihak MQA nak dtg maktab aku untuk akreditasi program maktab aku nie.. Untuk batch aku, kelas PA & BA sahaja yg akan di'interview'.. Kelas aku lak (Pengajian Sosial) terlepas sbb myb budak
² kat Sultan Mizan yang akan dicheck.. papepon, gud luck & sama² kita doa agar Program PISMP nie layak diterima Ijazah Pendidikan kelak.. ;)



with Halimaton & Iffah

Wednesday, July 28, 2010

Sony Alpha A380

Sony Alpha A380


Alhamdulillah, setelah sekian lama memendam niat nak memiliki sebuah kamera DSLR, hasrat tersebut telah termakbul pada minggu yang lepas.. Model yang dibeli Sony Alpha A380 dari seorg seller yg mmg sempoi, Mr Alvin.. ;)


Masih ada baki beberapa bulan aku di IPG KPI nie, sempat la kot nak belajar selok-belok tentang DSLR nie dari Spawn, Sani & Ashraf.. diorg dh otai bab² kamera nie..


Tuesday, July 20, 2010

Proud To Be A Teacher

sedar x sedar, aku dh masuk semester terakhir untuk pengajian kat maktab nie..

lebeh kurang 5 1/2 tahun gak dok kat maktab nie.. (lama gak tue)..

masih ingt lagi, era perubahan & naik taraf maktab sehingga skrg nie..

mula2, dikenali sbgai Maktab Perguruan, then Institut Perguruan, tukar lagi kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan terakhir skali, Institut Pendidikan Guru (IPG)...

so, tahun nie, merupakan tahun terakhir aku menuntut di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor dalam bidang Pengajian Sosial.. ;)

malangnya, aku & rakan2 seperjuang yg sama batch x sempat nak nyanyi lagu IPG yg terbaru coz masuk tahun terakhir je, kitaorg dh bz ngan sekolah (praktikum & internship)

nie lirik lagu rasmi IPG :-



Institut Pendidikan Guru Malaysia

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG



p/s : smpai tua nnt, org akan panggil Cikgu Ikmal.. ;)

Thursday, July 15, 2010

Sarapan Yg Masyuk

Sejak masuk internship nie, perut aku dh mula nak mengada² sket..

Klu dok kat maktab, klu x sarapan, selamba je leh tahan smpai tengahari..

Tp, bila dh masuk sekolah (internship), dtg ja sekolah, pas letak beg, terus ke kantin..

Mencari sesuap rezeki.. hehe².. ;)

Dah masuk minggu ke-2 berinternship.. So, setiap pagi la perut aku disuakan apa jua makanan yg terhidang kat dlm kantin.. :p

Makanan sarapan paling best kat sekolah nie, bagi aku; Kuah Durian + Roti.. hehe²

Memang sedap n best.. Teringat kuah durian yg mama aku sll wat kat umah.. ;)

Makan smpai kenyang, then masuk bilik guru, wat lesson plan, masuk kelas, ngaja.. ;)



kuah durian + roti



Monday, July 12, 2010

Internship

Apa itu internship?? haha².. aku pon x brapa nak pasti sgt..

Yg pasti, pegi sekolah, siapkan 3 projek & dpt 2-4 masa untuk mengajar.. hehe
².. ;)

So, internship kali nie, aku terpaksa bertukar ke sekolah lain disebabkan terdapat beberapa masalah yg timbul pada praktikum ke-3 yg lepas (my nightmare).. :p


Alhamdulillah, aku pilih SK Cheras Jaya untuk menjalani internship selama 1 bulan nie bersama
² ngan Ashraf, Amir Amzar, Faiz, Hadi, Ridhuan, Safreen dan Amzari.. Ada gak 5 org student IPG Teknik wat internship kat sekolah yg sama.. (Aput, Al, Kamal, Mariah & Ellen)


Maka, terpaksa la memikirkan projek
² yg bakal dilaksanakan selama sebulan kat sekolah nie.. Senang citer, pihak sekolah ada projek² dia sendiri, so utk memudahkan, kitaorg juz join apa projek yg dirancang oleh pihak sekolah..


Kami dh decided nak laksanakan 3 projek :-
i) Program Muhibbah Tahun 4 & 5 sempena Hari Terbuka Sekolah
ii) Perkhemahan Unit Beruniform di Melaka
iii) Projek Keceriaan (Mural)


Alhamdulillah, projek 1 & 2, telah selesai dilaksanakan.. Tinggal 1 je projek lagi..


So, kali nie, aku kena ajar 2 kelas, kelas tahun 4 untuk subjek Sivik dan kelas tahun 5 untuk subjek Kajian Tempatan.. ;)


nie pic grup aku time camping aritu
p/s : Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki.. ;)


Thursday, July 8, 2010

Menulis kembali

Salam semua,

dah lama x menulis blog nie sejak kira2 4 bulan yang lalu..

ini mungkin kerana nafsu nak menulis, tiada.. kosong.. :X

insyaAllah, blog nie akan semula bernafas seperti dahulu kala.. haha...




Sunday, March 28, 2010

- Stop For A While -


Salam, penulisan blog diberhentikan buat sementara waktu untuk memberi ruang dan masa untuk berpraktikum dan menyiapkan tugasan kertas kerja Kajian Tindakan.. Thanx~~ =)

Saturday, February 27, 2010

Layan Muvie la plak


Minggu nie dapat 3 hari cuti termasuk ngan cuti sempena Maulidur Rasul.. Ari Jumaat hingga Ahad.. Nak balik kampung, malas la plak.. Keje bnyk.. So, lepak2 kat umah sewa je la minggu nie.. Buat apa yg patut.. Kemas umah, wat RPH & ABM, perkemas porfolio, basuh baju, men PS2, surf intnt n mcm2..


Smlm pegi jalan2 Mines jap.. Nk g tgk muvie, The Wolfman.. Smpai2 je Mines, terus g tmpt muvie.. Tgk2 kat skrin, muvie The Wolfman dh full.. Demmit.. Xpa2, papehal, tny dulu.. Kadang2 diorg sj je letak full.. Smpai je turn kami, terus tny, muvie The Wolfman ada lagi?? Then, mmg nasib kami.. ada 2 seat kosong.. hehe.. Tp, duduk asing2 la.. haha~~


The Wolfman, bagi aku average je.. xda yg spesel sgt pon.. Tp, aku suka tgk dia pny gambar latar dia.. Suasana England dulu2.. Cantik.. So, tgg next muvie.. The Ironman 2.. mcm best gak trailer dia.. :)

Monday, February 8, 2010

Umah Sewa

(tempat aku online di rumah sewa)


6.30 pagi : Bangun pagi & Solat Subuh
7.10 pagi : Gerak pegi sekolah
7.40 pagi : Mengajar murid2 sekolah rendah
1.30 petang : Balik dari sekolah
2.00 petang : Mandi & Solat
3.00 petang : Rehat
5.00 petang : Bangun, solat Asar
7.30 malam : Mandi, solat Maghrib
8.15 malam : Makan malam
9.00 malam : Solat Isya'
9.15 malam : wat RPH n ABM
12.30 pagi : Tido
ini merupakan tentatif harian aku sebagai guru praktikum selama 3 bulan nie.. :)

Tuesday, January 26, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

Bergambar bersama jenazah.. :p
Pada hari ahad yg lepas, diadakan Kursus Pengurusan Jenazah yg dianjurkan kelas BA 7.02 yg disertai oleh pelajar2 semester 7.. Kursus disampaikan oleh Tn Haji Mokhtar (pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial).. Alhamdulillah, ini kali kedua menyertai kursus jenazah.. =)

Monday, January 25, 2010

Konvoi Mini (Putrajaya + Teras Jernang)

Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi

Geng Konvoi
Hari Ahad lepas, boring2 sebelum keluar praktikum awal bulan 2 nie, kami (semester 7) sempat g konvoi berkereta ke Putrajaya.. Padahal, sebelah bangi je pon.. :p hehe.. Xpe2, janji eppy.. So, sape2 yg ada kereta, dijumpa sertai konvoi nie.. Sampai je kat Masjid Besi, kitaorg Solat Zohor dulu then lepak2 tepi tasik untuk bergambar..
Pas2, kami bergerak ke Teras Jernang untuk menikmati Cendol n Laksa Kedah.. Mmg caroo.. Kat gerai Rimba Redup.. papepon, thnx to Amru n kwn2 yg join konvoi mini nie.. =)


Saturday, January 16, 2010

Bangkok & Pattaya, Thailand

Kat Bangkok, depan Central World

Kat Pattaya, depan Hard Rock Cafe & Hotel

Cuti aritue, aku n akak aku, Achik & Nyah, join g Bangkok. Best gak g sana.. Pegi 5 ari, 29/12 - 2/1. So, sempat tgk org2 Thailand smbut New Year kat depan Central World.. Ala2 kat Dataran Merdeka.. Klu nak tgk pic lagi, tgk kat facebook aku ea.. :)


Wednesday, January 13, 2010

I LOVE ......

I LOVE NY


I LOVE KL


Huh, tiba2 aku jadi minat kepada baju2 yg design seperti diatas.. Skrg nie, dh ada I LOVE BKK (Bangkok). Beli time aku g Thailand time cuti aritu.. Myb sesuai dijadikan koleksi.. hehehe.. :D

Wednesday, January 6, 2010

Praktikun Fasa 3 : SK Taming Jaya, Balakong


Jarak dari Bandar Baru Bangi ke SK Taming Jaya




Kali nie, masuk sem 7 dh.. Tinggal lagi 1 sem je lagi sblm aku melangkah ke alam pendidikan yg sebenar.. Sem nie, wat kali terakhir aku berpraktikum di SK Taming Jaya, Balakong bersama2 ngan Khairul Kamal.



Memandangkan jarak yg agak jauh, kami myb dok umah sewa dekat2 ngan SK Cheras Jaya.. Mudah sket nak g sekolah nnt.. Xdala nak redah jalan jammed pagi2 nnt.. Hope praktikum kali nie, dpt wat yg terbaik.. :D