Thursday, November 20, 2008

Holiday with my family






hehehe.. cuti2 ni xtau nak watpe, ajak la famili aku jalan2 ronda2 kat KL.. so kami sempat g Muzium Negara, lepak2 kat Alamanda, ronda2 kat Putrajaya n main bowling kat Mid Valley.. enjoy sgt2.. Racang nak g Shah Alam, tp hujan.. hehehe.. abg aku dah lama sgt mengidam nak g muzium negara (xtau sbb pe) ahei..

so, kami pinjam keta Perdana V6 nyah n ronda2 pusing2 KL ngan mama.. hehehe.. =D hujan lebat time tu.. sebelum g Putrajaya, sempat makan lunch kat Infra @ Uniten.. tempat selalu aku mkn ngan member2 IPIS.. hehehe..

Thursday, November 13, 2008

Futsal Aktif

Before the game

Stokin sapa bau pailang ni..ahei..

Mmg menjadi tabiat budak2 kelas aku, bila dah abis exam mula la nak release tensen (konon2 la) haha.. mcm2 nak wat.. antaranya kami main futsal bersama2.. so,khai la yg kena tempah court.. kami mula main kul 11.15 - 12.15 mlm kat Futsal Aktif..

Game kali ni aku geng nasir, bob, khai, boy, acap n khalil (geng menang nie) huhuhu.. n geng satu lagi, alip, spwan, amru, majah, poknik, jang.. ramai yg aku tgk rata2 cepat pancit.. paham2 la sbb pe.. hahaha.. perut yg semakin memboyot tmbh2 perut aku sendiri.. argh.. :/

mlm td, team aku menang lagi..kuikuikui.. Goal mlm td 14-13. Menang tipis je.. Tp tetap menang.. tu la, aku dah gtau awal2 game lagi, sapa nak menang meh join team aku.. xnak dgr.. hahaha.. :p Game tadi aku main position Mid Defender.. x larat dah nak lari banyak2.. hehehe.. taktik tu.. kuikuikui..

papepn, game mlm td memang layan abis n enjoy.. hehehe.. sori la kat member2 yg aku telah hentam yg mana klu terkasar bahasa sbb bila dah jadi defend, geram tgk klu striker x score bola yg senang2 leh score tp dipersiakan.. Geram2 n sori ek.. hehehe..

Wednesday, November 12, 2008

Exam dah abis... =)

Alhamdulillah.. arini aku dah abis exam dah.. 6 paper dah abis.. yeyeye... =) so sebelum cuti panjang ni mcm2 aktiviti dah rancang ngan member2 kwn aku.. antaranya, nak main futsal, main PES 2009 (khai musuh tradisi aku) hahaha.., nak tgk movie yg dah di donload n mcm2 la.. hehehe... so pasni bnyk2kan berdoa bagi pemeriksa soklan bagi markah yg full kat kita ek.. hihihi.. =D

Sunday, November 9, 2008

Moments With Tun Mahathir







hehehe
Semalam, 8/11/2008, aku, Nassir, Spawn n Ashraf g Alamanda nak bayar bil Maxis Broadband yg dah tertunggak 2 bulan.. kekeke.. :p so tgh dok jalan2 dalam Alamanda, kami terserempak dengan Tun Mahathir & isteri (bekan PM kita).. so apa lagi, kami g terus jumpa Tun & sempat snap beberapa pic walaupun bodyguard di kerek giler ar.. huhuhu.. =)

Friendly Games IPIS vs IPIK

Pasukan Bola Sepak IPIS

IPIS vs IPIK

Pasukan Bola Tampar IPIS


Pada 6/11/2008, pihak IPIK menjemput IPIS mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan juga bola tampar untuk persediaan KAGUM tahun hadapan.. Alhamdullilah, IPIS berjaya memenangi kedua-dua perlawanan.. Pasukan Bola Sepak IPIS dikendalikan oleh Encik Kamaruddin manakala pasukan Bola Tampar IPIS diterajui oleh Encik Mohd Jaflus.. Tahniah diucapkan.. =)
Result :-
i) Bola sepak
IPIS (3) vs IPIK (1)
Daus - 2
Harisuddin - 1
ii) Bola Tampar
IPIS (6) vs IPIK (0)

Wednesday, November 5, 2008

Minggu Exam dah Tiba

semua pakat berbincang last minit.. kantoi..


Sani senyum sbb "boleh jawab"..hahaha


Jang muka ketat x reti jawab..hahaha..


Khalil n Acap dok berbincang ngan Ninie.. kantoi wei..=p


dok tekun menjawab soklan exam..huhuhu..

Minggu ni sampai minggu depan adalah minggu yg perit bagi diri aku malahan diri kwn2 aku jugak.. Sbb minggu ini ialah minggu exam.. huhuhu... :( Sem ni aku amik 6 paper. 1 paper subjek Seni Dalam Pendidikan, 2 paper Pengajian Sosial, 1 paper Pendidikan Jasmani & 1 paper Pendidikan Seni Visual.. bnyk gak tu.. =p

so, aku dah abis 4 paper dah.. tinggal lagi 2 paper (PJK & PSV).. so minggu nie, bley rileks sket sbb next paper lambat lagi.. hehehe.. biasala aku,stdy last2 minit.. stdy apa yg spot je.. klu x masuk spot, gamble je la.. hukhukhuk... :P GUD LUCK YEA!!

p/s : selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar KPLI, PPISMP & PISMP.. =)

Saturday, November 1, 2008

IPIS (4) vs SMK Saint Paul (0)







arini bertempat di Stadium Hoki Seremban 2, pasukan hoki IPIS telah mengadakan perlawanan friendly dengan pasukan hoki dari SMK Saint Paul. so, kami bergerak dari IPIS ke seremban 2 pada jam 7.00pagi dan samapai lebih kurang kul 8 lebih.. perlawanan friendly ini akan memberi sedikit pengalaman dan pendedahan awal kepada pasukan hoki IPIS.. =)

nassir selaku Captain memulakan sesi memanaskan badan seperti biasa di bahagian kanan padang hoki. selepas itu, kami memulakan sedikit latihan basic skills.. sebelum perlawanan, kami diberi kata2 semangat oleh nassir dan juga abu shazneee..

1st half, permainan mmg teruk sbb semua pemain masih blur lg.. aku kerap kali ditegur oleh nassir n abu.. =( kami mendapat gol pertama hasil jaringan Yop.. Abu selaku ketua defend menegur kelemahan defend supaya lebih berhati2 & lebih agresif.. maka di 2nd half, barisan defend lebih mantap dan barisan forward lebih menyerlah dan berjaya menambah 3 lagi gol.. Tahniah... =)
Scorer : Yop, Ihsan, Boy & Wan

Tuesday, October 28, 2008

Al-Fatihah Buat Allahyarham Irfan







pagi ni aku dpt berita sedih dari nyah.."Irfan baru meninggal kul 1 pagi tadi sbb demam panas yg kritikal sejak Jumaat di Hospital Kuantan".. terkejut aku bc mesej tu.. trus aku msg mama untuk kepastian.. mama aku ckp, "Ya,pagi td.Papa, a.ngah n a.chik g sana pagi td".. Innalillahiwainnailaihirojiun...

Irfan ni anak cucu sulung maklong aku.. Anak kepada abg long aku.. Dia pnggil papa aku (Tok Ngah) n mama aku (Pah).. emm.. raya tahun ni merupakan raya terakhir bersama irfan.. Raya baru nie, perangai dia lain sket.. Irfan sempat cium papa aku tanpa disuruh.. X pernah2 dia cium papa aku sbb dulu dia ingat papa aku org Cina.. Pas kena cium, papa aku senyum.. Besala, x pernah2 kena cium.. Em... ini merupakan ciuman pertama n terakhir Irfan buat papa..

Raya baru ni jugak, aku sempat sembang ngan dia pasal sekolah dia.. Mau plak dia sembang sbb dulu dia segan sebab slanga dia bahasa Terengganu.. Aku jugak sempat main bunga api n mercun ngan dia.. So,tanpa buang masa aku Ym nyah n ajak dia g kuantan..nyah pon minta cuti halfday dari boss dia.. aku,nyah n uda gerak g kuantan kul 12.30 n sampai kat sana kul 3.00ptg.. jenazah dah tanam n kami sempat g lawat kubur Irfan.. Abg Ngah gtau td,Irfan dikafankan dalam keadaan mulut tersenyum.. Alhamdullillah...

p/s :Al-Fatihah buat Allahyarham Irfan semogo roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan digolongan orang yang beriman.. Al-Fatihah...

Monday, October 27, 2008

Majlis Tahlil & Kenduri Aqiqah Yasmin.












tut2..tut2..henphone aku berbunyi..maknanya ada mesej masuk la tu.. so aku pon bukak n baca.. msg dari mama.."Imai nak balik tak minggu ni,ada kenduri".. huh skema tol mama aku tulis mesej..hehehe.. =D aku pon balas la mesej, "Tgkla dulu sbb tkt ada keje nak wat"..so ari jumaat, aku ada exam SDP.. Alhamdullilah boleh wat =) pas je exam, aku g kajang tgk tiket. tgk2 tiket dah habis.. so terpaksala tumpang kak yang (3rd sis) balik penang.. so, kami berlima uda(bro), achik(5th sis), kak yg n nyah(2nd sis) balik penang naik keta nyah..terpksla aku drive sbb hukuman lambat knfrim nak balik penang.. hukhukhuk..
Kenduri Aqiqah ni sempena cucu sulung papa n mama (Yasmin Zahirah).. =) majlis dimulakan dengan majlis cukur rambut oleh imam2 Taman Harapan..majlis tahlil pula dikhalifahkan oleh Ustaz Hassan Albrar.. selesai je majlis tahlil, majlis jamuan makan.. pelbagai juadah yang disediakan,yg paling sedap kambing masak kurma.. =D

p/s : Al-fatihah kpd rakan Uda (Zamir) yg kembali ke Rahmatullah ari sabtu yg lalu kerana xcident.. Al-Fatihah...









Thursday, October 23, 2008

Jamuan Akhir Tahun kolej Kediaman IPIS 2008


p/s : Macha,anta moto hg masuk competition..haha..konfirm ada tempat pny.. =D

Tuesday, October 21, 2008

Jamuan Kelas PISMP 4.03 (Social Studies)






so, arini ada jamuan kelas lak pukul 3.30 petang bersama mentor2 kami kat Restoran Ghazal, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.. Nasib baik hujan dah b'henti klu x naya lencun je semua.. Jamuan ni ditaja oleh Pn Wan Kamariah selaku mentor dan thnks jugak kat Encik Puzi kerana sudi hadir di jamuan ni..


Menu jamuan ni; nasi beriani, ayam masak merah, dalca, jelatah(iyeke) n air mangga.. sedap gak la makanan kat kedai ni sbb perut lapar giler arini.. hehehe... =).. pastu balik ke maktab kira2 kul 4.15petang..


p/s : Selamat Hari Lahir kepada Zaihan & Rosyati.. =D

Sunday, October 19, 2008

Jamuan Aidilfitri Hafizuddin






huhuhu..bnyk tol undangan open house bln Syawal nie.. Hehehe.. =) Arini, Din ajak g umah dia kat Gombak.. Kira-kira 45km dari maktab aku.. So, kami pon rancang nak g tengahari memandangkan mmg time nak mkn.. (Sbb x sarapan pagi).. hehehe.. =P Member2 yg turut g ialah Acap, Rul, Hakim, Adnan, Yassir, Majah, Amru, Kalil n Faiz.. Kami sampai kat umah Din kira-kira kul 1.20 petang.. sampai je, apa lagi, sentap trus la.. Hehehe..


Makanan yg disediakan ialah nasi putih, gulai ikan, ayam masak merah, sayur buncis, kerabu mangga, ulam2, kek coklat, air sirap n buah tembikai n pisang..


So, pasni badan aku naik lagi la pasni.. Hehehe.. Asyik makan je bulan nie.. ahei.. =D

Saturday, October 18, 2008

K.A.M.I The Gig Vol II






Bertempat di Stadium Bukit Jalil pada 18-10-2008 pada jam kul 1.30 petang hingga 11 malam. Antara artist yg perform ialah :-


The NOON JAM

Harmacy Jeoperdice

Estrella Plague of Happiness

Couple Blind Tribe

Laila's Lounge TWKUA



EVENING DOWN TIME

The Agrobeats Koffin Kanser

Kugiran Malaya 7 Collar T-Shirt

Pop Shuvit Dragon Red

The Pilgrims Pure Vibracion



FULL MOON

One Buck Short Bittersweet

The Times Republic Of Brickfields

Love Me Butch Meet Uncle Hussain

Butterfingers OAG