Assalamualaikum,
Tgk tajuk pon dh tau, kali nie nak citer sket pasal ustaz Don. Sape yg x knal Ustaz Don, mmg saje la kan. Ustaz fenomena skrg nie. Ustaz yg mudah didekati & cara penyampaian dakwah yang sempoi serta mudah difahami.
Tgk tajuk pon dh tau, kali nie nak citer sket pasal ustaz Don. Sape yg x knal Ustaz Don, mmg saje la kan. Ustaz fenomena skrg nie. Ustaz yg mudah didekati & cara penyampaian dakwah yang sempoi serta mudah difahami.
Ustaz Don nie, sy kenal sejak zaman sek men lagi masa kat SMKANT. Sy form 1, ustaz form 4. So, sempat la kenal ngan ustaz selama 2 tahun. Pada pandangan sy, ustaz di zaman sek men adalah pelajar dalam kategori "biasa2" sahaja. Tp, sahsiah, akhlak & disiplin ustaz Don mmg terbaik.
Bila ada account Friendster (dulu2), dpt la tgk gambar2 Ustaz Don masa belajar kat luar negara. Masa tu jgk, sy tau minat Ustaz Don nie suka edit gambar & wat grafik guna Adobe Photoshop. Dok tny2 la jgk kat Ustaz pasal web tutorial cara2 nak wat grafik yg sempoi2. *ustaz pon pernah ada blog sendiri pasal tutorial grafik*
Selepas Ustaz Don terkenal dgn program 30 Minit Ustaz Don, mmg menjadi fenomena dakwah anak muda. Sehinggakan golongan ibu bapa pon mudah tertarik dengan cara penyampaian dakwah Ustaz Don. Bnyk nasihat2 yg Ustaz Don selalu peringatkan. Antaranya :-
i) Bila nak belajar, niatkan kerana Allah & sayangi guru supaya ilmu mudah diterima.
ii) Sentiasa menghormati guru.
iii) Sentiasa ingat, perancangan ibu bapa kepada kita, mungkin yang terbaik buat anak2.
iv) Sentiasa menjaga hubungan sesama manusia.
v) Sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W
Sebenarnya, ramai yg x jangka yg Ustaz Don akan dikenali ramai sehingga skrg. Ustaz Don sendiri pon x jangka yg beliau akan sampai ke tahap skrg. Sebagai renungan kata-kata Ustaz Don, "Kita takkan menjangka apa yang Allah telah tentukan kepada kita". Akhir sekali, semoga Ustaz Don sentiasa berjaya dalam hidup & program 30 Minit Ustaz Don terus ditonton dan diminati semua orang.. :)
syg Ustaz Don lillahi ta'ala




