Wednesday, March 30, 2011

Nipis...

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari lagi cuti MC aku nie. X sabar nak masuk keja semula. Bosan la jgk klu cuti lama2. Kalau selang2 cuti then keje, xpa la jgk.. Ni cuti direct dari aritu.. Bosan2.. InsyaAllah, Khamis depan dh leh masuk keje. :) Kalau citer bab keje, mesti sembang bab gaji jgk. Bohong sangat la, bila dh keje, x sembang pasal gaji. If dh keje ngan kerajaan, 24hb gaji dh masuk. Best. Leh shopping2. 





Tp, aku termasuk dlm golongan guru-guru baharu yg lambat masuk gaji. Ada yg dah masuk & ada yg belum masuk. Yg dh masuk, best la. Dh boleh merasa gaji 1st diorg. Aku & golongan yg belum bergaji nie, kena berhutang lagi la alamatnya. Hutang aku wat masa nie je dh lebih RM1k lebih.. Huhu.. Dompet plak dh semakin nipis. Duit xda tp resit2 je bnyk dlm dompet.. Huhu.. Tp, its ok. Rezeki Allah ada di mana2. Yang penting berkat. Amin... :)

Sunday, March 27, 2011

Serius makin merepek..

Assalamualaikum...

Post kali nie tentang luahan ati aku yg x berpuas hati pasal fesyen perempuan pada masa kini. Mmg setiap org ada hak dia sendiri tentang diri mereka. Tp, perlu ingat hak masing2 pon, tetap ada batasan juga. Ok, fesyen paling ketara masa kini pemakaian tudung shawl yg makin lama, makin pelik. Pada permulaan kedatangan shawl nie, aku masih boley trima lagi, masih menutup kepala dan masih labuh. Tp, skrg dh mcm apa.. Serius pelik! Terbaru nie, ada penyanyi terkenal ngan shawlnya wat penampilan kononnya fesyen terkini la. Main letak kain, gulung2 letak atas kepala, siap! Pelik! Dulu2 penampilan, ok lagi tp skrg dh mcm apa. Nak gambar, search kat Mr Google.. :p


Yang terbaru plak, gadis2 shawl memakai bulu mata palsu yg melampau2. Bagi aku bulu mata palsu tue pelik sgt. Ada yg dh mcm bulu ekor merak. Gila, makin pelik! Bagi aku, setiap org nak berfesyen, tiada masalah if kena ngan cara. Jgn la kita diperbodohkan kerana fesyen. Jadi mangsa fesyen. Bagi kamu cantik, tp bukan bagi org yg melihatnya. Bangga bila gambar pkai bulu mata palsu (ala2 ekor merak) terpampang dalam surat khabar. :(


contoh bulu mata palsu ala2 ekor merak la hai


p/s : Berfesyen x salah, jgn jadi mangsa fesyen!

Thursday, March 24, 2011

Berita Terbaru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvokesyen PISMP Ambilan Jan 2007 di PICC. Dah ada ijazah dh skrg.. :) Smlm aku pegi Hospital Taiping utk app dgn doc berhubung dgn tulang kaki aku nie. Pas x-ray je, aku tgk, tulang kaki tue, mcm dulu2 gak. Masih ada lompong. Then tgg giliran utk jumpa doc pakar. Aku dpt no giliran ke-34. Kira terawal la jgk.. Sllnya dpt no 80 ke atas.. :p


No aku dh dipanggil, aku pon masuk & jumpa doc pakar tue. Then bincang2 sket pasal tulang kaki aku nie. Doc suh aku pkai 1 tongkat wat masa nie. Utk biasakan diri & kaki nie. Then tiba2 dia ckp, 2 bulan lagi dtg balik hospital & jumpa dia semula. Dia nak bagi MC selama 2 bulan.. Gila la.. Lama kot MC 2 bulan.. Huhu.. Then, aku slow talk ngan doc tue, ckp aku nak pegi keje. Sbb dh lama sgt aku MC. Then, dia nasihatkan bila pegi kerja, kena lebih berhati2. If terjatuh je, tulang tue akan patah bersama-sama ngan besi.. Huhu.. Ngeri gak dgr doc ckp mcm tue..


contoh MC dari hospital kerajaan


Selesai bincang, doc ckp dia bg aku MC 2 minggu je then aku leh masuk bekerja semula. Alhamdulillah.. :) N nasihat doc tue, supaya aku lebih berhati2 bila bekerja nie. N aku still kena pkai tongkat smpai la doc ckp x perlu bertongkat dh.. :(

Monday, March 14, 2011

Off to KL

Assalamualaikum..

InsyaAllah, ptg nnt pas Asar gerak ke KL untuk persiapan hari konvokesyen pada 17hb nie kat PICC, Putrajaya. :) 15hb nie ada taklimat & raptai.. Leh jumpa kawan2 mktb kat sana..


Putrajaya International Convention Centre

Monday, March 7, 2011

Musim Korea plak dh..

Assalamualaikum..


Kalau kita bukak tv je (Astro), mesti ada je muncul penyanyi or pelakon dari Korea. Dulu2 hot pasal pelakon/penyanyi Jepun, skrg dari tgh hot Korea plak. Smpai ada K-Pop, means Korean-Pop. Kalau kat Astro siap ada Seoul Sunday dok tayang video2 clip dari penyanyi Korea setiap ari Ahad.


Bohongla klu aku ckp x kenal ngan nama2 seperti Wonder Girls, FT Island, Girls Generation, Super Junior & pelbagai nama lagi. Masakan budak2 sekolah boley knal, ini kan kita org dewasa. Aku cukup lemas bila budak2 sekolah yg selalu upload pic kat FB kumpulan penyanyi dari Korea nie, then diorg "tagged" nama kita. Semak kot.. :p Terpaksa la wat account 1 lagi khas utk student2 je. 


Tidak dinafikan, negara Korea sedang meningkat maju. Bukan sahaja rakyatnya maju, malahan dari segi pembandaran juga telah maju ke hadapan. Lihat saja pada Seoul yg kini giat dibangunkan sebagai sebuah bandar ICT. Segala2 diuruskan dengan ICT. Mmg canggih. InsyaAllah, ada rezeki sampai la kot kat negara Korea Selatan nie.. :)

Tuesday, March 1, 2011

My Mama : Part 3

Assalamualaikum..

Kali nie, aku teruskan utk My Mama : Part 3. Aku dh pernah post waktu aku sek ren & men, kali nie aku nak sambung selepas aku tamat sek men. Setelah tamat je sesi sek men, aku dpt surat tawaran ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Dusun Minda Resort, Kuala Nerang Kedah selama 3 bulan. Sekali lagi aku berjauhan dengan ibubapa aku. Selama 3 bulan di sana, mama pernah jgk dtg melawat aku. Klu x silap aku, 2x rasanya. Aku hargai sgt2. Bukan dekat tau dari Penang ke Kuala Nerang yg sgt dalam ke hujung Kedah.



Selepas aku terima keputusan SPM, aku isi borang kemasukan ke Maktab Peguruan (skrg dikenali IPG) selepas dinasihati oleh mama & papa. Alhamdulillah, aku dpt ke temuduga kelayakkan. Mama jgk yg hantar aku ke IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam utk ditemuduga. Dlm keta, mama dok pesan, wat leklok & jawab soalan penemuduga dengan cermat. Aku ingat lagi pesan mama, jgn dok diam saja even dia tny benda yg kita xtau nak jawab. Segala tips2 tue, aku ingat smpai skrg.. :)



Alhamdulillah, berkat doa mama & papa, aku dpt tawaran masuk ke IPG Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi selama 5 1/2 tahun. Agak lama la jgk. Sekali lagi aku berjauhan dengan mama & papa. Waktu di maktab, aku dh amik lebih kurang 9 kali exam akhir. Then nak dekat2 exam, aku akan msg/call mama utk gtau yg aku akan exam bila & paper apa. Then, mama akan balas yg mama akan sentiasa doa & wat yg terbaik dlm exam & jgn lupa stdy.  Alhamdulillah, kini aku dh tamat pengajian di maktab & mula bekerja sebagai guru. :)


waktu bercuti di Kota Kinabalu, Sabah

p/s : 17hb Mac konvo di Putrajaya