Saturday, November 24, 2012

Tahniah..

Assalamualaikum..

Tahniah buat sorg kawan baik aku kat maktab, Ashraf & Lea yg baru menimang seorg cahaya mata yg sangat2 comel, Nur Uzma Insyirah Binti Mohamad Ashraf. Memandangkan Ashraf menetap nun jauh kat Puchong, x dapat la aku nak g lawat baby diorg.

Tapi, Lea ni anak jati Parit Buntar. So, Lea akan berpantang kat sini. Dapat la aku melawat jgk baby diorg nie. Minggu nie terlalu pack masa aku. Pagi kena g sek untuk Kelas Persediaan Tahun 6. Ptg plak, kadang2 kena tolong mama settlekan projek homestay. So, terpaksa la replan jadual aku. 

Ashraf ni mmg kawan yg paling rapat ngan aku masa zaman maktab. Aku pon x percaya yg dia adalah kawan yg akan kawen dulu. Tapi, jodoh dia dah ditetapkan. Mmg kita xleh nak jangka. Nak pulak rezeki anak dia dapat awal. Mmg ketetapan Allah melebihi segala-galanya. 

Petang Khamis yg lepas, aku berpeluang jgk nak melawat baby Uzma. Bagus Uzma nie. X bnyk meragam sgt. Diam je. Bila kita dukung dia, senang je dia dok senyap. Comel sgt.. Hihi.. Semoga Uzma menjadi anak yang solehah. Amin..

Nur Uzma Insyirah Binti Mohamad Ashraf

Baby Uzma yg comel & baik sgt. :)

Monday, October 15, 2012

Move on..

"Never Try to Go Back And Repair The Past,
That Is Impossible, But....
Be Prepared To Construct The Future Which Is Predictable"

Sunday, October 14, 2012

Peperiksaan Akhir Tahun..

Assalamualaikum,


Minggu nie, aku ditugaskan sebagai guru bertugas selama 5 hari bermula hari Isnin sehingga Jumaat (15hb - 19 Oktober 2012). Seperti biasa, peranan guru bertugas ialah memastikan segala hal yang berkaitan dengan murid berjalan dengan lancar sepanjang minggu tersebut. Memandangkan minggu nie adalah minggu peperiksaan, so tugas x berat sgt la. Tp, utk perhimpunan rasmi esok, tetap akan dijalankan seperti biasa.

Jumaat nie maybe aku nak amik CRK (Cuti) untuk settlekan hal tanah. Sbbnya, urusan kali nie kena pegi Pejabat Tanah kat Taiping. So, terpaksa la mintak cuti. Kang bertangguh, kena bayar denda plak. X pasal2 plak. Harap2 Haji Bohari free aritu. Senang sket nak berurusan nnt. 

Untuk semua murid yg akan menghadapi peperiksaan akhir tahun, semoga berjaya & dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. GOOD LUCK! :)


p/s : rasa mcm nak ceburi bidang pertanian. dh alang2 ada tanah kelak.. harap dipermudahkan.. :)

Friday, October 12, 2012

I'm Back!




Assalamualaikum,

Dah lama aku x menulis dalam blog nie. Aku meninggalkan sebentar dunia blog nie atas sebab2 tertentu. Aku perlu kekuatan untuk pulihkan keadaan seperti normal. Aku perlukan kekuatan semangat IKMAL yg dahulu. Alhamdulillah, Allah kembalikan semula kekuatan dalam diri aku.

Kini aku selesa dengan kehidupan aku sekarang. Rasa tenang sedikit sebelum2 nie. Hubungan antara adik-beradik dan family kembali ok selepas apa yg berlaku sebelum nie. Thanks Allah! When your feeling so down, just turn to Allah. :)

Alhamdulillah, dengan berkat doa, Allah sekali lagi memberi aku peluang & kesempatan untuk bertemu seseorang yang cukup bermakna dalam hidup aku skrg nie. Thanks to her. So, pasni mungkin aku akan kembali menulis dlm blog nie. Aku menulis semata-mata utk share apa yg aku rasa n alami. Thanks again & have a good day. :)


p/s : "I'm back to normal and enjoying life again" - Duane Downing

Sunday, August 12, 2012

Lepaskan..

    Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
    sejak terjadi cerita itu. cerita itu
    makan minum ku dh tak terjaga,
    asyik memikirkan tentang kamu
    mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari,
    lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
    dalam hidupku oh setiap hari,
    yang kita pasti ada masalah,
    lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
    dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah,dengannya...
    Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
    sejak terjadi cerita itu. cerita itu

    lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
    dalam hidupku oh setiap hari,
    yang kita pasti ada masalah,
    lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
    dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah,dengannya...

Wanna - Lepaskan

Friday, April 20, 2012

Kebenaran..

Assalamualaikum,

Lama dh x menulis blog. Mungkin dah mula rasa bosan kot. Huhu..

Kali nie nak citer sket pengalaman hidup. Memang benar & betul kata2 yg mana kebenaran itu pasti ada. Allah pasti akan tunjukkan kebenaran. Antara cepat atau lambat.. Yg penting, kebenaran itu sudah pasti. Arini agak terasa terkilan apabila org yg kita percaya sgt2 berlaku tidak jujur terhadap kita.. Memang ditakdirkan, saya dapat mengetahui perkara ketidakjujuran ni, pada hari ni. Org yg tidak jujur nie, selalunya bnyk alasannya terhadap kita. Ada je alasannya.. Serius! Sebab bila dh mula x jujur, kepercayaan kita terhadapnya akan mula merosot. Tapi, xpela eh. Allah itu ada. Balasan itu ada. X di dunia, akhirat itu pasti. *peace*

p/s : siapa yg termakan cili, dia yg rasa pedas..

Sunday, February 12, 2012

Best Jadi Cikgu

Assalamualaikum,


Lama x update blog.. Kadang2 nak menulis, tp x sempat nak tulis. Sekarang nie, sekolah tgh bz ngan Sukan, Olahraga & Ujian Bulanan. So, mmg pack sket jadual untuk bulan nie.Sebenarnya, best gak jadi cikgu sekolah rendah nie. X tensen mcm ngaja sek menengah yg kebanyakan murid2 dh besar n suka melawan cakap. Murid2 sekolah rendah nie, mmg agak nakal, tp diorg akan dengar kata2 cikgu.. Antara perkara yang best jadi cikgu sek rendah ialah :-

1. Ada bodyguard sendiri

hihi.. bodyguard tuh, xdala bodyguard yg sehebat kat luar sana tue. Maksudnya, cikgu2 kat sek rendah nie, bila nak keluar dari kelas je, mesti ada murid2 yg ringan tulang yg nak tolong iring kita ngan tolong angkat buku2 latihan. Even ada sekeping kertas pon, diorg nak tolong angkat sampai ke bilik guru. So, bila cikgu nak berjalan ke bilik guru, akan ada 2 orang bodyguard kat belakang kita.. Hihi..


2.Ada perunding imej sendiri

haha.. nie satu hal gak.. klu cikgu baru pas gunting rambut, diorg akan tegur "Wah, hensem la cikgu". Klu pkai baju baru or baju yg 1st time diorg nmpk, diorg akan tny n komen mcm2.. Antaranya, "Baju yg cikgu pkai ni lagi cantik dari baju smlm".. Tu blom tny, beli kat mana, harga brapa, sape yg belikan.. Hihi..


3. Ada doktor peribadi sendiri

Kadang2 klu selsema, suara kita akan jadi garau2 n x kuat mcm biasa.. So, murid2 akan alert & perasan. So, terpaksa la melayan soalan2 biasa diorg. Antaranya, "Cikgu x sihat eh, mkn ubat x lagi?" & "Semalam nape cikgu x datang sekolah" Kadang2, bila tangan ada plaster sket, mula la diorg nak dtg dekat n tny mcm2 soalan.. Hihi..


4. Ada peneman berbicara

Kadang2 bila cikgu tgh free, duduk kejap kat kerusi, mula la dtg murid2 duduk dekat2 ngan kita. Mula la diorg nak story mcm2 citer kat kita. Antaranya, pasal bola la, pasal kawan2 diorg. Kadang2 dpt jugak korek2 rahsia dari murid2 mcm nak korek rahsia murid A ponteng sekolah sbb pe & mcm2 lagi.. Klu diorg dapat tau je yg cikgu tgh bujang, mula la diorg nak adjust kita ngan kakak2 diorg, maksu2 diorg, sehinggakan jiran dia pon masuk dlm list.. Jenuh.. Hihi


So, best jadi cikgu sekolah rendah nie. Tensen tuh ada sbb bebanan kerja yg tiap2 hari ada. Tp, itu lumrah kerja sebagai seorang guru. Yg penting kena ikhlas bekerja untuk smpaikan ilmu & memohon keberkatan dari Allah.. :)

Saturday, January 14, 2012