Tuesday, March 1, 2011

My Mama : Part 3

Assalamualaikum..

Kali nie, aku teruskan utk My Mama : Part 3. Aku dh pernah post waktu aku sek ren & men, kali nie aku nak sambung selepas aku tamat sek men. Setelah tamat je sesi sek men, aku dpt surat tawaran ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Dusun Minda Resort, Kuala Nerang Kedah selama 3 bulan. Sekali lagi aku berjauhan dengan ibubapa aku. Selama 3 bulan di sana, mama pernah jgk dtg melawat aku. Klu x silap aku, 2x rasanya. Aku hargai sgt2. Bukan dekat tau dari Penang ke Kuala Nerang yg sgt dalam ke hujung Kedah.



Selepas aku terima keputusan SPM, aku isi borang kemasukan ke Maktab Peguruan (skrg dikenali IPG) selepas dinasihati oleh mama & papa. Alhamdulillah, aku dpt ke temuduga kelayakkan. Mama jgk yg hantar aku ke IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam utk ditemuduga. Dlm keta, mama dok pesan, wat leklok & jawab soalan penemuduga dengan cermat. Aku ingat lagi pesan mama, jgn dok diam saja even dia tny benda yg kita xtau nak jawab. Segala tips2 tue, aku ingat smpai skrg.. :)



Alhamdulillah, berkat doa mama & papa, aku dpt tawaran masuk ke IPG Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi selama 5 1/2 tahun. Agak lama la jgk. Sekali lagi aku berjauhan dengan mama & papa. Waktu di maktab, aku dh amik lebih kurang 9 kali exam akhir. Then nak dekat2 exam, aku akan msg/call mama utk gtau yg aku akan exam bila & paper apa. Then, mama akan balas yg mama akan sentiasa doa & wat yg terbaik dlm exam & jgn lupa stdy.  Alhamdulillah, kini aku dh tamat pengajian di maktab & mula bekerja sebagai guru. :)


waktu bercuti di Kota Kinabalu, Sabah

p/s : 17hb Mac konvo di Putrajaya

No comments: