Wednesday, June 25, 2014

Majlis Perkahwinan

Setelah sekian lama berhenti menulis blog. Kini, insyaAllah akan kembali menulis berkaitan perjalanan hidup & aktiviti seharian. Alhamdulillah, aku kini sudah bergelar seorang suami kepada Nurul Arniza Binti Razali. Kami selamat diijabqabul pada 22 Mac 2014 di Kuala Pilah. Majlis kenduri belah isteri diadakan pada keesokan harinya bersamaan 23 Mac 2014. Manakala, majlis belah aku diadakan pada 1 Jun 2014 yang lalu.

Detik perkenalan kami bermula di Maktab Perguruan Islam, Selangor kini dikenali sebagai IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor. Kami masing-masing menuntut di maktab yang sama. Bermula dengan 1 lawatan ringkas ke Palace Of Justice, Putrajaya aku terlihat seorang adik junior (isteri) sedang beratur untuk naik ke dalam bas. So, sejak tuh rasa nak sangat2 kenal lebih dekat. Maka, jadi la adik angkat kepada senior nih. huhu..Alhamdulillah, Allah mengikat jodoh kami sehingga bergelar suami isteri yang sah. Doakan kami bahagia hingga ke syurga.. Amin...


Doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga.. Amin.. :)

Tuesday, March 12, 2013

Rindu..

Rindu zaman belajar kat maktab dulu-dulu..

Banyak kenangan manis..

Di maktab juga la , tempat perkenalan pertama..

InsyaAllah..

Saturday, November 24, 2012

Tahniah..

Assalamualaikum..

Tahniah buat sorg kawan baik aku kat maktab, Ashraf & Lea yg baru menimang seorg cahaya mata yg sangat2 comel, Nur Uzma Insyirah Binti Mohamad Ashraf. Memandangkan Ashraf menetap nun jauh kat Puchong, x dapat la aku nak g lawat baby diorg.

Tapi, Lea ni anak jati Parit Buntar. So, Lea akan berpantang kat sini. Dapat la aku melawat jgk baby diorg nie. Minggu nie terlalu pack masa aku. Pagi kena g sek untuk Kelas Persediaan Tahun 6. Ptg plak, kadang2 kena tolong mama settlekan projek homestay. So, terpaksa la replan jadual aku. 

Ashraf ni mmg kawan yg paling rapat ngan aku masa zaman maktab. Aku pon x percaya yg dia adalah kawan yg akan kawen dulu. Tapi, jodoh dia dah ditetapkan. Mmg kita xleh nak jangka. Nak pulak rezeki anak dia dapat awal. Mmg ketetapan Allah melebihi segala-galanya. 

Petang Khamis yg lepas, aku berpeluang jgk nak melawat baby Uzma. Bagus Uzma nie. X bnyk meragam sgt. Diam je. Bila kita dukung dia, senang je dia dok senyap. Comel sgt.. Hihi.. Semoga Uzma menjadi anak yang solehah. Amin..

Nur Uzma Insyirah Binti Mohamad Ashraf

Baby Uzma yg comel & baik sgt. :)

Monday, October 15, 2012

Move on..

"Never Try to Go Back And Repair The Past,
That Is Impossible, But....
Be Prepared To Construct The Future Which Is Predictable"