eg-tukar
Perasaan kecewa apabila dapat tau, keputusa pertukaran isteri ke Pulau Pinang tidak diluluskan. :(
Selepas kami menikah pada hujung bulan Mac, aplikasi eg-tukar untuk sesi perpindahan Jun dibuka. Aku minta isteri update status dalam e-operasi untuk memudahkan urusan perpindahan. Alhamdulillah, sempat juga update status kepada "berkahwin". Maka, isteri bersetuju untuk isi borang perpindahan ke Pulau Pinang atas alasan mengikut suami & keselamatan diri.
keputusan pemohonan eg-tukar
Malangnya, keputusan tidak menyebelahi kami. Keputusan eg-tukar diketahui pada awal bulan Jun dan pemohonan isteri tidak diluluskan. Alang-alang tengah cuti pertengahan tahun, kami berusaha pergi ke Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya untuk memohon rayuan pertukaran. Dengan harapan, kali ni ada peluang dan rezeki buat kami.
keputusan pemohonan rayuan
Sekali lagi, selepas pemohonan rayuan ditutup, keputusan rayuan pertukaran masih belum berpihak kepada kami. Perasaan kecewa memang ada. Dengan keadaan isteri sedang mengandung lagi. Bertambah rasa risau. InsyaAllah, bulan September nanti, kami akan berusaha lagi. Semoga rayuan akan datang, berpihak kepada kami. Amin..