Sunday, March 6, 2011

My Mama : Finale Part

Asslamualaikum...

Bahagian terakhir tentang My Mama. Alhamdulillah, setelah 5 1/2 blaja kat maktab, akhirnya aku berjaya tamatkan pengajian pada bulan November 2010. Kini aku dh mula berkhidmat sbgai seorg guru di sebuah sekolah kebangsaan di negeri Pulau Pinang. Tp, memandangkan kesihatan aku tidak mengizinkan, aku juz sempat pegi seminggu je utk lapor diri. 


Ini disebabkan kondisi kaki kanan aku yg masih belum sembuh lagi. Entahla, lama la jgk. Aritu doc ckp 3 bulan je, tp ni dh nak masuk 4 bulan. Manusia merancang, Allah jua yg menetukan segalanya. Selama aku terlantar sakit nie, mama & keluarga aku yg menjaga aku sebaik yg mungkin di hospital dan di rumah. Allah kalau nak uji hambaNya, hanya dengan kuasaNya, apa2 boleh berlaku. 


Bila Allah berkehendak serta menghendakiNya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an. Begitulah dugaan yg terjadi pada aku apabila mengalami kemalangan jalan raya yg hanya pada aku x smpai beberapa saat, nikmat kaki aku telah diuji oleh Allah. Subhanallah.. :)


Terima kasih kepada rakan2 yg sentiasa mendoakan agar aku cepat sembuh. Tak lupa jgk kepada Ruqaiyah yg sentiasa memberi kata2 semangat kpd aku walaupon kami berjauhan. Paling penting jutaan terima kasih kpd mama & ahli keluarga aku yg sentiasa menjaga aku selama aku sakit ini.


Mama aku la yg bersusah payah menenangkan hati aku semasa aku terlantar atas katil di hospital. Terkejut dgn apa yg terjadi pada aku. Tp, mama minta aku redha dengan ketentuan Ilahi. Mama jgk yg menjaga aku di hospital. Sentiasa memenuhi kehendak aku. Sanggup menemani aku sewaktu aku sedang operation kira2 7 jam. Mama sanggup bangun pukul 3 pagi sbb aku mengerang kesakitan pada lutut aku. Banyak sgt jasa mama pada aku. Jaga aku dgn elok2. Siap pasang kelambu kat katil aku sbb takut digigit nyamuk. Pegi anta g hospital utk appointmen ngan doc tiap2 bulan. Pagi & malam, wat milo+susu anlene dgn harapan tulang aku cepat tumbuh semula. Terima kasih mama & imai sayang mama sangat2. :)



waktu aku mengerang kesakitan.. lutut berdarah.. huhu

4 comments:

zubir othman said...

cayalah...anak mak yang sejati...tabahkan diri mal...ada hikmah tuh

ikmaLisme said...

insyaAllah zubir.. thanx ea.. :)

faqhrule said...

ye sayang, tabah la eh. i sayang u taw auww

ikmaLisme said...

jang : haha.. syg sgt2.. haha