Saturday, July 31, 2010

Internship

Alhamdulillah, tamatnya episod internship selama sebulan di SK Cheras Jaya.. Honestly, sekolah nie mmg best + havoc + heaven.. hehe².. Guru², murid² & warga sekolah serta rakan² praktikum mmg best & bnyk membantu aku waktu internship nie.. ;) Thnx a lots..


So, pasnie, aku balik semula ke maktab & sambung stdy balik smpai la hujung tahun.. Dan paling menggerunkan, Isnin nie pihak MQA nak dtg maktab aku untuk akreditasi program maktab aku nie.. Untuk batch aku, kelas PA & BA sahaja yg akan di'interview'.. Kelas aku lak (Pengajian Sosial) terlepas sbb myb budak
² kat Sultan Mizan yang akan dicheck.. papepon, gud luck & sama² kita doa agar Program PISMP nie layak diterima Ijazah Pendidikan kelak.. ;)



with Halimaton & Iffah

Wednesday, July 28, 2010

Sony Alpha A380

Sony Alpha A380


Alhamdulillah, setelah sekian lama memendam niat nak memiliki sebuah kamera DSLR, hasrat tersebut telah termakbul pada minggu yang lepas.. Model yang dibeli Sony Alpha A380 dari seorg seller yg mmg sempoi, Mr Alvin.. ;)


Masih ada baki beberapa bulan aku di IPG KPI nie, sempat la kot nak belajar selok-belok tentang DSLR nie dari Spawn, Sani & Ashraf.. diorg dh otai bab² kamera nie..


Tuesday, July 20, 2010

Proud To Be A Teacher

sedar x sedar, aku dh masuk semester terakhir untuk pengajian kat maktab nie..

lebeh kurang 5 1/2 tahun gak dok kat maktab nie.. (lama gak tue)..

masih ingt lagi, era perubahan & naik taraf maktab sehingga skrg nie..

mula2, dikenali sbgai Maktab Perguruan, then Institut Perguruan, tukar lagi kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan terakhir skali, Institut Pendidikan Guru (IPG)...

so, tahun nie, merupakan tahun terakhir aku menuntut di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor dalam bidang Pengajian Sosial.. ;)

malangnya, aku & rakan2 seperjuang yg sama batch x sempat nak nyanyi lagu IPG yg terbaru coz masuk tahun terakhir je, kitaorg dh bz ngan sekolah (praktikum & internship)

nie lirik lagu rasmi IPG :-



Institut Pendidikan Guru Malaysia

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG



p/s : smpai tua nnt, org akan panggil Cikgu Ikmal.. ;)

Thursday, July 15, 2010

Sarapan Yg Masyuk

Sejak masuk internship nie, perut aku dh mula nak mengada² sket..

Klu dok kat maktab, klu x sarapan, selamba je leh tahan smpai tengahari..

Tp, bila dh masuk sekolah (internship), dtg ja sekolah, pas letak beg, terus ke kantin..

Mencari sesuap rezeki.. hehe².. ;)

Dah masuk minggu ke-2 berinternship.. So, setiap pagi la perut aku disuakan apa jua makanan yg terhidang kat dlm kantin.. :p

Makanan sarapan paling best kat sekolah nie, bagi aku; Kuah Durian + Roti.. hehe²

Memang sedap n best.. Teringat kuah durian yg mama aku sll wat kat umah.. ;)

Makan smpai kenyang, then masuk bilik guru, wat lesson plan, masuk kelas, ngaja.. ;)



kuah durian + roti



Monday, July 12, 2010

Internship

Apa itu internship?? haha².. aku pon x brapa nak pasti sgt..

Yg pasti, pegi sekolah, siapkan 3 projek & dpt 2-4 masa untuk mengajar.. hehe
².. ;)

So, internship kali nie, aku terpaksa bertukar ke sekolah lain disebabkan terdapat beberapa masalah yg timbul pada praktikum ke-3 yg lepas (my nightmare).. :p


Alhamdulillah, aku pilih SK Cheras Jaya untuk menjalani internship selama 1 bulan nie bersama
² ngan Ashraf, Amir Amzar, Faiz, Hadi, Ridhuan, Safreen dan Amzari.. Ada gak 5 org student IPG Teknik wat internship kat sekolah yg sama.. (Aput, Al, Kamal, Mariah & Ellen)


Maka, terpaksa la memikirkan projek
² yg bakal dilaksanakan selama sebulan kat sekolah nie.. Senang citer, pihak sekolah ada projek² dia sendiri, so utk memudahkan, kitaorg juz join apa projek yg dirancang oleh pihak sekolah..


Kami dh decided nak laksanakan 3 projek :-
i) Program Muhibbah Tahun 4 & 5 sempena Hari Terbuka Sekolah
ii) Perkhemahan Unit Beruniform di Melaka
iii) Projek Keceriaan (Mural)


Alhamdulillah, projek 1 & 2, telah selesai dilaksanakan.. Tinggal 1 je projek lagi..


So, kali nie, aku kena ajar 2 kelas, kelas tahun 4 untuk subjek Sivik dan kelas tahun 5 untuk subjek Kajian Tempatan.. ;)


nie pic grup aku time camping aritu
p/s : Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki.. ;)


Thursday, July 8, 2010

Menulis kembali

Salam semua,

dah lama x menulis blog nie sejak kira2 4 bulan yang lalu..

ini mungkin kerana nafsu nak menulis, tiada.. kosong.. :X

insyaAllah, blog nie akan semula bernafas seperti dahulu kala.. haha...